Syarikat Voctech Resources ialah syarikat kejuruteraan, 100% milikan bumiputra yang mula ditubuhkan pada 28 Mei 2012. Nama syarikat diambil dari gabungan dua perkataan asas kejuruteraan iaitu Vokasional dan Teknikal, telah menjadi asas kepada penubuhan syarikat ini dimana kami amat mementingkan dua asas kejuruteraan dalam kerja kami.
Voctech Resources mempunyai motto khas 'CUSTOMER SATISFACTION OUR PRIORITY' dimana kami amat mementingkan maklum balas yang baik untuk hasil kerja kami. Justeru itu, kami bersedia dalam menghasilkan kerja yang cemerlang kepada setiap pelanggan kami.
Syarikat kami mempunyai tenaga kerja mahir yang bertauliah serta mencukupi untuk menyempurnakan projek-projek yang telah dihadiahkan pada syarikat kami.
Voctech Resources juga ialah syarikat berdaftar dengan CIDB dan Kementerian Kewangan serta badan berkuasa yang lain.
Voctech Resources mempunyai tiga visi besar yang menjadi tunjang pada penubuhan syarikat ini. Tiga visi tersebut adalah:
Mendapatkan keredhaan tuhan dalam berniaga. Hal ini kerana kami berpegang pada konsep keberkatan dalam perniagaan dimana kami percaya dan mahukan sumber pendapatan yang halal dan bersih.
Mempunyai sasaran pendapatan tahunan minima sebanyak RM600,000, 70% adalah untung bersih atau 30% pendapatan sebelum cukai dan zakat. Sasaran ini menjadikan kami lebih aktif dan telus untuk memberi perkhidmatan yang terbaik pada setiap projek atau kerja-kerja yang kami dapatkan. Selain itu, ia memberi sumber inspirasi dan motivasi pada staff syarikat untuk terus berdaya saing dalam industri ini.
Meningkatkan ekonomi kesemua staff Voctech Resources yang terlibat dengan berasaskan melalui tahap ekonomi menengah.
Polisi syarikat kami memberikan kepentingan kepada syarikat mahupun klien syarikat dimana kami mempraktikan etika kerja yang memberi kepuasan kepada semua pihak. Antara polisi syarikat adalah:
Menjaga alam sekitar
Menjaga dan memberikan hak-hak pekerja kepada semua staff syarikat mengikut pretasi semasa.
Memberi latihan yang secukupnya kepada staff kami.
Menjamin kerja yang terbaik dan cemerlang kepada klien yang menggunakan servis dari syarikat kami.
Menjaga nama baik syarikat dengan memberikan servis yang cemerlang kepada kesemua klient kami.
Memastikan setiap tindakan yang diambil tidak menyalahi undang-undang.
Menjaga nama baik syarikat dengan perkhidmatan yang cepat, tepat dan berkualiti.
Syarikat menerapkan beberapa motto dalam memberikan jaminan yang terbaik kepada semua pelanggan kami dan juga dalam memastikan syarikat menepati KPI seperti yang telah termaktub dalam motto syarikat.
Kepuasan pelanggan adalah keutamaan kami. Syarikat amat menitikberatkan kepuasan pelanggan kerana menyedari ia adalah bukti kepada hasil kerja yang cemerlang dan baik.
Mengutamakan kehendak pelanggan. Kami akan sedaya upaya dalam memberikan yang terbaik mengikut citarasa dan kehendak pelanggan. Hal ini kerana kami mempunyai kapasiti yang cukup untuk memenuhi kesemua kehendak pelanggan.
Bergerak seiring dengan wawasan kerajaan. Voctech Resources adalah syarikat yang mempunyai visi dan misi yang sama dengan kerajaan Malaysia iaitu untuk memastikan negara Malaysia berada dalam keadaan yang selamat dan baik dari segi ekonomi dan sosial.
Memastikan setiap tindakan dan perancangan yang dibuat memberi kebaikan dan keuntungan kepada syarikat dan pekerja.